Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Guna wang kemenangan MLM untuk beli sampan -

Guna wang kemenangan MLM untuk beli sampan

“Saya memang berniat, kalau memang ada rezeki malam ni nak tunaikan umrah dan beli sampan. Saya mahu beri peluang pekerjaan kepada orang kampung,” kata pelawak Syaiful.

Dia bersama Sharif dan Danial Zaini yang bergabung membentuk kumpulan Tiro diumumkan sebagai pemenang pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 pada Jumaat.

Tambah Syaiful, niatnya untuk membeli sampan adalah semata-mata mahu membantu penduduk kampung mereka di Kudat, Sabah mencari rezeki di laut.

“Kami tinggal di kampung nelayan dan kalau ada sampan bolehlah bantu mereka. Selain itu saya nak tunaikan umrah juga,” tambahnya.

Syarif (dari kiri) Danial dan Syaiful.

Bagi Syarif pula, dia mahu menggunakan wang kemenangan tersebut untuk simpanan dan mengerjakan umrah mana kala Danial pula mahu berkahwin.

Ini merupakan gabungan pertama mereka di atas pentas menggunakan nama Tiro. Terdahulu, Syarif, Syaiful dan Atu pernah bergabung bersama Atu dengan nama Zero.

Menjelaskan mengenai hal berkenaan, Sharif sudah bersedia untuk menggunakan nama Tiro dalam pertandingan akan datang namun dalam masa yang sama masih bersama Zero.

“Tiro adalah jenama baharu dan akan kekal. Zero adalah Zero, Tiro adalah Tiro. Samada akan bergabung lagi pada MLM tak tahu lagi. Sudah pasti orang akan minta Zero dan Tiro. Bergantung pada budi bicara,” katanya.

Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, Tiro menewaskan empat finalis lain iaitu Boro (Achey, Atu dan Fad); Puteh (Mamak, Vicha dan Ali); Tobat (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif); dan Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic).

Pada pentas akhir yang bertemakan Muzikal dan Bebas itu, kesemua peserta perlu membuat dua tugasan dan dinilai berdasarkan format penjurian 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton di laman web.

Juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.