Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
10 maut di Lebuhraya Elite: Kenderaan mangsa rosak bateri berhenti di laluan kecemasan sebelum dirempuh treler -

10 maut di Lebuhraya Elite: Kenderaan mangsa rosak bateri berhenti di laluan kecemasan sebelum dirempuh treler

SEMBILAN daripada 10 sekeluarga yang menaiki Proton Wira maut dirempuh treler ketika berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya Elite menghala Shah Alam malam tadi.

Dalam nahas jam 11.40 malam di Kilometer 8.3 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Subang Jaya, kereta berkenaan dilaporkan berhenti di lorong kecemasan kerana bateri rosak.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan menyebut, dua lagi kereta lain turut berhenti di lorong kecemasan untuk membantu.

“Ketika kejadian hujan lebat dan permukaan jalan licin di lebuh raya itu dengan tiga lorong satu hala.

“Sebuah lori treler yang datang dari arah belakang telah merempuh ketiga-tiga kereta yang berada di lorong kecemasan selain menyeret kereta dinaiki 10 sekeluarga ke sebelah kanan lebuh raya,” kata kenyataan itu.

Semua sembilan beranak dan seorang lagi pemandu kereta lain disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.