Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Umum mahu menyanyi, Michael Ang tak peduli kritikan orang -

Umum mahu menyanyi, Michael Ang tak peduli kritikan orang

JIKA sebelum ini Michael Ang banyak mengkritik penyanyi lain dengan pelbagai kata-kata kurang manis, kini dia sudah bersedia menerima maklum balas peminat apabila mengesahkan bakal melancarkan lagu sendiri tidak lama lagi.

Bagi pengarah berkenaan, dia sudah mempersiapkan diri dengan merakamkan sebuah lagu yang bakal diperdengarkan kepada umum tidak lama lagi.

“Sebelum ini saya mempunyai prinsip iaitu untuk tidak memberikan kritikan kepada karya arahan dan lakonan orang lain memandangkan saya juga bekerja dalam bidang itu. Kritikan saya hanya kepada penyanyi.

“Sebab apa? Sebab saya tak pernah menyanyi dan tak tahu bagaimana prosesnya. Sekarang, saya dah tahu dan saya akan berikan kritikan yang bernas dan membina,” katanya.

Terdahulu, Michael ada memuat naik beberapa sedutan klip nyanyiannya melalui Instagram peribadi miliknya baru-baru ini.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian beberapa orang industri yang menyifatkan dia sebagai ‘gila glamor’.

Tambahnya, dia sendiri sudah merasai pengalaman berada dalam studio rakaman dan pastinya apa yang telah dilalui ketika itu memberikan pengalaman baharu kepadanya.

Melalui proses yang dilalui, dia akan lebih berhati-hati dalam memberikan kritikan pada masa hadapan terhadap karya penyanyi lain.

“Saya dah pernah cuba pelbagai kerja-kerja seni dari pengarahan, penerbitan, lakonan, penulisan skrip sehinggalah pengacaraan. Sekarang, saya nak cuba satu lagi cabang yang belum pernah saya cuba iaitu menyanyi.

“Selepas ini, saya akan ‘tone down’ kritikan saya kepada penyanyi memandangkan saya juga sudah ada pengalaman sendiri, menjalani proses rakaman yang tidaklah semudah disangka,” tambahnya lagi.

Masih lagi merahsiakan lagu dan bila ia akan dikeluarkan, Michael mengakui yang dia sebenarnya tidak boleh menyanyi akibat tone deaf.

“Saya tahu saya tak boleh menyanyi. Saya tone deaf dan hanya pandai komen sebagai pendengar saja. Mereka tawarkan peluang menyanyi dan saya tolak. Tapi, bila saya dengar lagu itu, rasa macam sedap pula.

“Jadi, saya cakap, boleh cuba untuk rakamkan. Namun, jangan sesekali meminta atau paksa saya nyanyikan secara live. Cukuplah sekadar rakam lagu dan buat muzik video,” katanya. – SB