Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada sambutan Tahun Baharu berskala besar - Khairy -

Tiada sambutan Tahun Baharu berskala besar – Khairy

PENGANJURAN sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Namun demikian beliau memberitahu, sambutan Tahun Baharu dan Krismas secara kecil-kecilan dan persendirian dibenarkan buat masa ini dengan syarat, pengunjung perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut.

“Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan. Tetapi buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas bersama keluarga dan rakan-rakan adalah dibenarkan.

“Namun, mereka perlu membuat ujian pengesanan COVID-19 sebelum menghadiri sambutan terbabit,” katanya pada sidang media di Parlimen, pada Khamis.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan mengesan kes COVID-19 varian Omicron kedua di negara ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang menetap di Lagos, Nigeria.

Beliau memberitahu, pesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu sebelum disahkan positif COVID-19 dua hari selepas itu. – SB