Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sidang Dewan Rakyat dilanjutkan sehari -

Sidang Dewan Rakyat dilanjutkan sehari

PERSIDANGAN Dewan Rakyat yang sepatutnya berakhir hari ini ditambah sehari pada Isnin ini, (20 Disember) bagi membolehkan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 dibincang dan diputuskan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dalam pemaklumannya berkata, penambahan sidang itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis selaras Peraturan Mesyuarat 11 (2) Dewan Rakyat. 

Peraturan Mesyuarat 11 (2) menyatakan antaranya Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu, tetapi disyaratkan iaitu Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang-undang bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua hari ini. – Bernama