Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ketua JSJ Selangor, Nik Ezanee dilantik juruiring PM - KPN -

Ketua JSJ Selangor, Nik Ezanee dilantik juruiring PM – KPN

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik menjadi “Aide-de-Camp” (ADC) atau Juruiring kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama malam tadi.

“Benar,” katanya ketika diminta mengesahkan mengenai pelantikan Nik Ezanee.

Difahamkan pelantikan berkenaan berkuat kuasa Rabu dan kekosongan jawatan Ketua JSJ akan digantikan dalam masa terdekat.

Nik Ezanee, 43, dilantik menjadi Ketua JSJ Selangor pada 12 April lepas selepas memegang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada 17 Feb 2020.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) di Bukit Aman pada 2016. – BERNAMA