SERAMAI sembilan orang terbunuh selepas jet peribadi yang dinaiki mereka terhempas ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Las Americas di Republik Dominika pada Rabu.
Angka kematian berkenaan merupakan jumlah kesemua penumpang di dalam pesawat termasuk dua kru pesawat.
Menurut laporan media tempatan, seorang mangsa merupakan warganegara manakala lapan lagi adalah bukan warganegara.
Difahamkan, pesawat yang sedang menuju ke Miami, Amerika Syarikat (AS) itu didapati menghadapi masalah sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa La Isabela sebelum terhempas 15 minit kemudian.


Pesawat berkenaan kemudiannya terhempas di luar kawasan Lapangan Terbang Las Americas ketika juruterbang sedang melakukan pendaratan cemas sekitar jam 5.09 petang pada Rabu.
Bagaimanapun, Kumpulan Penerbangan Helidosa memaklumkan, maklumat terperinci bagi punca kejadian masih belum dikenal pasti.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.