Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat kes penipuan online -

Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat kes penipuan online

POLIS menahan tiga lelaki tempatan di sebuah unit kediaman di Jalan Kuchai Maju, di sini, semalam kerana disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek ditahan hasil serbuan ke atas unit kediaman itu dan polis menemui tiga unit komputer riba, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit modem wifi dan sebuah buku nota catitan di situ.

Beliau berkata kesemua suspek berperanan sebagai operator pemantau ‘keputusan bola sepak’ menggunakan laman web ‘dataservices.betgenius.com’ dan ‘bo.xm33.m8manage.com’.

“Modus operandinya ialah suspek akan menggunakan media sosial melalui aplikasi Wechat untuk mendapatkan mangsa dan siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak Ogos 2020 lepas serta menyasarkan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Amihizam berkata kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang menawarkan peluang pelaburan tidak jelas dan perlu membuat semakan dengan agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.

Amihizam menasihatkan orang ramai agar melaporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan itu.

Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – BERNAMA