Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Senjata' tambahan tangani pandemik COVID-19 -

‘Senjata’ tambahan tangani pandemik COVID-19

RANG Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) memerlukan sokongan daripada kesemua Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin, perkara itu kerana, pindaan berkenaan bakal bertindak sebagai ‘senjata’ tambahan dalam menghadapai pandemik COVID-19.

Katanya, taklimat sudah diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen pada Isnin lepas mengenai garis panduan pindaan berkenaan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam pada itu katanya, taklimat itu juga adalah mengenai beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam pindaan itu sebelum jumlah kompaun dikeluarkan atas setiap kesalahan atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19.

Menurutnya lagi, garis panduan di dalam pindaan tersebut turut berfungsi untuk melindungi rakyat daripada kompaun yang terlalu zalim.

“Tak kanlah kita nak bagi kompaun RM10,000 kalau tidak pakai pelitup muka. Ada syarikat pendapatan berbilion ringgit setahun, jadi kalau akta sedia ada hanya membenarkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) memberi kompaun RM1,000 kepada kilang yang telah banyak kali menjadi kluster, setelah kita buat penilaian kalau itu silap mereka, patutlah ambil tindakan.

“Jadi saya minta jangan tempangkan KKM, kalau sekiranya kita tidak dapat pindaan ini. Dari segi perhalusan atau penelitian kita ada garis panduan, ada peraturan dan saya sudah maklumkan kepada pembangkang dan juga semua Ahli Parlimen saya akan bawa garis panduan itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Hospital Baharu Sri Aman Fasa 2 yang turut dihadiri Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, di Sri Aman, Sarawak pada Rabu.

Pembangunan projek hospital itu terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama terdiri daripada skop Kerja Tanah yang melibatkan Kerja Rawatan Tanah dengan kos projek berjumlah RM8 juta.

Fasa kedua melibatkan skop Kerja Bangunan Hospital baharu, kuarters dan bangunan sokongan dengan kos kontrak semasa sebanyak RM181.4 juta.

Mengulas lanjut, Khairy menolak dakwaan pindaan akta berkenaan bersifat punitif sepertimana yang didakwa oleh blok pembangkang.

“Kita dah ada garis panduan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa dan saya merayu untuk bawa pindaan ini kali ini sebab esok hari terakhir (sidang Dewan Rakyat) kalau tidak, kena tunggu sampai bulan tiga (Mac) tahun depan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam dua bulan akan datang dengan Omicron dan sebagainya.

“Saya tidak mahu jadi punitif…punitif ini last resort (pilihan terakhir) tetapi kita perlu ada semua senjata hadapi pandemik ini. Vaksinasi kita ada, langkah-langkah awal ada, SOP ada, kawalan tetapi tak kan soal isu denda tidak ada?,” soal beliau.–SB