INGATKAN rumah tangga yang dibina baik-baik sahaja, rupa-rupanya dilanda badai tanpa pengetahuan umum.
Itu juga nasih yang menimpa penyampai radio Suria FM, Fizi Ali apabila mengumumkan sudah berpisah dengan isterinya, pelakon Shakilla Koriri.
Berita duka tersebut dikongsikan oleh Fizi menerusi Instagram miliknya setelah mereka sepakat membawa haluan untuk tidak meneruskan lagi hubungan suami isteri.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua. Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.
“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” tulisnya.
Fizi juga berkata, dia dan Shakilla akan membesarkan anak mereka Ameena, 2, bersama-sama dan memberi kasih sayang sepenuhnya.
Memilih hidup berasingan, mereka sepakat untuk membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang seperti dahulu.

“Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini.
“Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh reda.
“Insya-Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Fizi berkahwin dengan Shakilla pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.