Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jangan pangkah Ali Biju - Muhyiddin -

Jangan pangkah Ali Biju – Muhyiddin

“JANGAN pangkah Ali Biju,” itu peringatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pengundi Krian agar tidak memangkah calon bebas, Datuk Ali Biju pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 Sabtu ini. 

Beliau berkata, sebaliknya, sokongan padu perlu diberikan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik meskipun nama Ali terpapar di kertas undi.

“Perkara itu sudah dijelaskan oleh Ali Biju… beliau tidak bertanding. Jadi beliau sudah beritahu pengundi jangan pangkah dia dan saya pun cakap sekarang ini, jangan pangkah dia. Kita perlu berikan undi kepada GPS untuk kerusi itu (Krian),” katanya dalam sidang media selepas sesi dialog awam bersama Majlis Pemulihan Negeri edisi Sarawak hari ini. 

Pada 6 Disember lepas, Ali yang juga Naib Pengerusi Bersatu Sarawak mengesahkan beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri Krian sebagai calon Bebas sebelum mengumumkan menarik diri dan meminta penyokongnya menyokong Friday pada PRN itu.

Muhyiddin turut mengesahkan tiga lagi ahli Bersatu yang bertanding dalam PRN Sarawak atas tiket calon Bebas telah digugurkan keahlian secara automatik susulan tindakan mereka yang bercanggah dengan perlembagaan parti. 

Mereka ialah Siki Balarik yang bertanding di Belaga, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan Ricky Enteri (Bawang Assan). – Bernama