Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cuepacs minta kerajaan hentikan kemudahan pengeluaran KWSP -

Cuepacs minta kerajaan hentikan kemudahan pengeluaran KWSP

KONGRESS Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan untuk menghentikan kemudahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengelakkan masalah kewangan dalam kalangan pesara kelak. 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, berdasarkan perkembangan semasa melibatkan ekonomi negara yang  semakin pulih di samping rakyat juga tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan sekali gus membolehkan mereka untuk kembali melakukan aktiviti serta perniagaan masing-masing menyebabkan kemudahan tersebut sudah tidak lagi relevan malah boleh memberikan impak yang negatif jika perkara itu masih lagi diteruskan.

st Headlines

Last 24-Hours News Feed

Showing 1 to 6 of 6 entries

102550100CopyCSVPDFPrintSearch:

TimeDateCategoryHeadlineNews IDLanguage
18:5715-12-2021GE
CUEPACS-EPF/BM : STOP ALLOWING EPF WITHDRAWALS TO AVOID FINANCIAL HARDSHIP DURING RETIREMENT – CUEPACS
20211215BNEN65576ENGLISH
17:5215-12-2021GB
CUEPACS-KWSP : HENTIKAN KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP, ELAK MASALAH KEWANGAN DI MASA HADAPAN – CUEPACS
20211215BNBM65373SUB1BAHASA MALAYSIA
17:0715-12-2021GE
CUEPACS- WARDEN/BM : CREATE SPECIAL HOSTEL WARDEN POST – CUEPACS
20211215BNEN65419ENGLISH
14:5815-12-2021GB
CUEPACS- WARDEN : CUEPACS CADANG KERAJAAN WUJUD PENGKHUSUSAN KHAS JAWATAN WARDEN
20211215BNBM65246SUB1BAHASA MALAYSIA
12:2915-12-2021CRE
CAPSIZE-IMMIGRANTS/BM : 10 DIE, 21 RESCUED AFTER BOAT CAPSIZES IN TANJUNG BALAU
20211215BNEN65127ENGLISH
11:1115-12-2021BCBI
Boat capsize: 10 bodies recovered, 21 rescued, 29 still missing – Johor Maritime director
20211215BNEN65037SUB2ENGLISH

Showing 1 to 6 of 6 entries

Copyright © 2021 BERNAMA. All rights reserved.

CUEPACS-KWSP
HENTIKAN KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP, ELAK MASALAH KEWANGAN DI MASA HADAPAN – CUEPACS

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan untuk menghentikan kemudahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengelakkan masalah kewangan dalam kalangan pesara kelak. 

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata berdasarkan perkembangan semasa melibatkan ekonomi negara yang  semakin pulih di samping rakyat juga tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan sekali gus membolehkan mereka untuk kembali melakukan aktiviti serta perniagaan masing-masing menyebabkan kemudahan tersebut sudah tidak lagi relevan malah boleh memberikan impak yang negatif jika perkara itu masih lagi diteruskan.  

“Data daripada KWSP yang memaklumkan 50 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 amat membimbangkan dan boleh memberi kesan yang lebih besar sekiranya kebenaran pengeluaran diberikan sekali lagi. 

“Jika pengeluaran secara besar-besaran ini terus dilakukan walaupun ekonomi negara telah kembali pulih, sudah tentu ia akan menjejaskan matlamat asal KWSP. Kesannya kelak ramai yang akan bersara dengan jumlah simpanan KWSP terlalu rendah dan mungkin akan menjadi pesara yang miskin,” katanya dalam  kenyataan hari ini. 

Tambahnya berdasarkan data yang diperoleh daripada KWSP, 50 peratus pencarum yang mempunyai  simpanan kurang RM10,000 itu hanya boleh berbelanja RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun persaraan.

Sebelum ini, bagi mengurangkan beban kewangan rakyat ketika pandemik COVID-19 melanda, kerajaan telah membenarkan beberapa siri pengeluaran wang simpanan KWSP melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.1 bilion. – Bernama