Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
UK sahkan kematian pertama akibat Omicron -

UK sahkan kematian pertama akibat Omicron

SEORANG disahkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 varian Omicron di Britain, kata Perdana Menteri, Boris Johnson pada Isnin, lapor Xinhua.

Beliau berkata, demikian ketika melawat klinik vaksin di Paddington, barat London.

Sebelum itu, Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid berkata, terdapat 10 orang di rawat di hospital selepas dijangkiti varian Omicron sambil memberi amaran bahawa kes, kemasukan ke hospital dan kematian dijangka meningkat.

Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) umur pesakit itu antara 18 dan 85 tahun.

UKHSA pada Isnin mengesahkan 1,576 kes Omicron turut dilaporkan di Britain, peningkatan harian terbesar sejak varian COVID-19 dikesan di negara itu, menjadikan 4,713 kes dicatatkan di negara itu.

Britain melaporkan 54,661 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 10,873,468, menurut angka rasmi yang dikeluarkan Isnin.

Negara itu juga melaporkan 38 lagi korban akibat COVID-19 menjadikan keseluruhan kematian ini berjumlah 146,477, dengan 7,372 pesakit masih di hospital.

Tahap amaran COVID UK telah dinaikkan daripada Tahap Tiga kepada Tahap Empat, tahap kedua tertinggi, “berdasarkan peningkatan ketara dalam kes Omicron”, menurut empat pegawai perubatan dalam satu kenyataan bersama pada Ahad.

Terkini, lebih 89 peratus penduduk berumur 12 tahun ke atas telah mendapat dos pertama vaksin dan lebih 81 peratus sudah lengkap kedua-dua dos. Lebih 41 peratus lagi menerima suntikan dos penggalak.

  • Bernama