Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Sarawak: Polis telah luluskan 2,295 permit kempen setakat ini -

PRN Sarawak: Polis telah luluskan 2,295 permit kempen setakat ini

(Gambar hiasan)

POLIS Sarawak telah meluluskan 2,295 permit kempen kepada calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) dalam tempoh sejak hari penamaan calon 6 Disember lepas hingga Isnin. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis juga terpaksa menolak beberapa permohonan untuk mengadakan ceramah atau perhimpunan, kerana lokasinya yang tidak sesuai seperti surau atau masjid. 

“Sepanjang tempoh lapan hari berkempen, 10 kompaun berjumlah RM35,000 telah dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching pada Khamis.

Pihak polis menurutnya, telah membuka 46 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan semasa PRN12 termasuk salah guna media sosial dan kes fitnah, serangan peribadi serta merosakkan poster atau bendera parti lawan. 

Aidi berkata, sejak hari penamaan calon pada 6 Disember sehingga kini keadaan masih terkawal, dan beliau berharap semua pihak mematuhi SOP ditetapkan semasa kempen. – Bernama