Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dr. Mohd. Yadzil dilantik mengetuai Bersatu Melaka -

Dr. Mohd. Yadzil dilantik mengetuai Bersatu Melaka

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka yang baharu berkuat kuasa hari ini. 

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen yang meletak jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka pada 26 November lalu.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan pelantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka yang baharu.

Mas Ermieyati juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Naib Ketua Srikandi Bersatu serta Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah.

“Pelantikan Dr. Mohd Yadzil dan Mas Ermieyati bagi menerajui  Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka serta penyusunan semula Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka diyakini dapat memperkuatkan struktur parti Bersatu dan memperkukuhkan lagi perkhidmatan parti kepada rakyat negeri Melaka khususnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr. Mohd. Yadzil yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November yang lalu merupakan Ketua Bahagian Bersatu Jasin dan Timbalan Pengerusi PN Negeri Melaka. – SB