Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bakal cikgu kacak tolak kontroversi, mahu popular cara baik -

Bakal cikgu kacak tolak kontroversi, mahu popular cara baik

JIKA kebanyakan artis yang lain memilih jalan untuk melakukan gimik atau kontroversi untuk lebih mudah diterima, lain pula dengan penyanyi baharu yang satu ini.

Aliff Iskandar, 21 tahun, tidak rela melakukan perkara yang boleh menuai kutukan orang luar sementelah dia mahu menjaga nama baik keluarga dan institusi tempatnya menimba ilmu.

“Apabila mahu menaikkan hantaran di media sosial pun saya akan berfikir dua kali demi menjaga nama baik semua pihak.

“Saya tidak mewakili diri sendiri sahaja tetapi juga beberapa pihak lain. Jika artis lain mahu melakukan gimik atau kontroversi untuk cepat popular itu hak mereka.

“Bagi saya, selagi kita berusaha, rezeki akan datang dalam pelbagai cara. Apa yang penting adalah hasil kerja yang baik kerana itu juga antara faktor yang dinilai,”katanya.

Baru sahaja melancarkan lagu Takdir minggu lalu, Aliff yang kini masih lagi menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras perlu menjaga nama baik semua pihak.

Bakal bergelar seorang pendidik beberapa tahun lagi, sudah tentu banyak pertimbangan yang perlu dibuat setiap kali dia mahu melakukan sesuatu perkara agar tidak mencemarkan imej dirinya.

“Saya tidak akan melakukan sesuatu hanya untuk mendapat publisiti murahan. Orang kenal saya sebagai bakal guru, jadi bagi saya jawapan paling relevan kenapa saya memilih tidak berbuat perkara tidak bermanfaat.

“Bagi saya, banyak cara boleh dilakukan untuk bina karier kerjaya. Saya juga percaya pada rezeki Allah, jadi tak perlu buat gimik atau perkara negatif untuk meraih perhatian dengan cara menjengkelkan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita mengenai Takdir pula, Aliff gembira apabila lagi tersebut bakal menjadi runut bunyi (OST) untuk drama Saat Ku Taklul Cinta Ini yang menggandingkan Idris Khan dan Intan Najuwa.

Jelasnya, dia gembira dengan peluang yang diberikan dan dalam masa yang sama berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan Takdir.

“Memang banyak cabaran yang terpaksa dihadapi semasa merakamkan lagu ini. Saya beruntung kerana dibantu oleh orang hebat seperti Rudy Nastia dan Afif Termizi yang bertindak sebagai penerbit dan pengarah vokal.

“Bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan membuatkan saya belajar banyak perkara baharu selain menimba pengalaman semasa pembikinan video muzik (MV),” katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Takdir terbitan Jaja Ishak Channel dengan kerjasama Indigital Music dan Alternate Records. Lagu ini sudah boleh didengari di semua platform digital dan muzik video boleh ditonton menerusi YouTube Indigital Music. – SB