4,097 kes baharu dilaporkan

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 4,097 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah terkumpul kini adalah sebanyak 2,699,240 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan di laman Twitter beliau di sini hari ini. 

Jumlah kemasukan ke hospital bagi pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 6.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan ke hospital di Pulau Pinang mencatatkan kenaikan 31.2 peratus dan Negeri Sembilan meningkat kepada 23.5 peratus. – SB