Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RM600,000 lesap kerana bitcoin -

RM600,000 lesap kerana bitcoin

SEORANG pengurus kanan sebuah syarikat insurans kerugian lebih RM600,000 akibat ditipu sindiket pelaburan bitcoin sejak Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berusia 40 tahun itu terlibat dalam pelaburan tersebut melalui sebuah aplikasi telefon bimbit yang diperkenalkan oleh seorang lelaki warga asing.

Beliau berkata mangsa mengenali lelaki berkenaan melalui nombor telefon antarabangsa pada awal Oktober lepas.

“Mangsa telah memuat turun aplikasi tersebut dan telah memindahkan wang RM1,000 ke dalam aplikasi tersebut dan berjaya memperoleh keuntungan RM800. Sejak dari itu, mangsa mula yakin apa yang dikatakan suspek dan telah melakukan 31 transaksi ke lapan akaun berbeza melibatkan wang berjumlah RM648,800.

“Mangsa mula curiga apabila kesemua wang pelaburannya tidak lagi memperoleh keuntungan dan bertindak membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis kenalan alam maya. – BERNAMA