Rizky mahu sewa satu tingkat hospital untuk Lesti melahirkan anak

KALAU sudah sayang dan berduit, apa sahaja boleh dilakukan!

Begitu juga dengan niat pasangan kontroversi Seberang Rizky Billar dan isterinya, Lesti Kejora yang khabarnya mahu menyewakan satu tingkat sebuah hospital saat melahirkan anak nanti.

Dipetik daripada media tempatan di sana, Rizky bukan sahaja mahu menunjukan kasih sayang tetapi juga mahu memberkkan keselesaan kepada isterinya.

“Sejak dahulu saya tertanya-tanya adakah boleh menyewa seluruh tingkat hospital itu nanti? Tiada niat apa pun cuma mahu memberikan keselesaan kepada isteri sahaja.

“Selain itu kita memikirkan juga nanti akan ada ramai tetamu yang datang, baik di booking sahaja semua tingkat,” katanya ketika mengulas mengenai persiapan menyambut anak sulungnya itu.

Sedang hamil tujuh bulan, pelakon tersebut tidak menafikan yang dia sedang melakukan banyak persiapan untuk menyambut orang baharu.

Selain menitikberatkan soal kelahiran di hospital nanti, dia juga telah mempersiapkan sebuah bilik khusus untuk anak mereka seperti mana yang dirancang.

“Kalau boleh saya mahu anak lahir pada tangga 2 Februari nanti. Apa-apa pun asalkan selamat melahirkan saya bersyukur,” kata Rizky lagi.

Terdahulu pasangan yang berkahwin pada 19 Ogos lalu menimbulkan kontroversi apabila dikatakan sudah hamil sebelum acara bernikah.

Mereka bagaimanapun memberikan bukti sudah menikah secara senyap-senyap pada awal tahun ini kerana beberapa faktor untuk meredakan keadaan. – SB