Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remy sebak arwah bapa tak sempat tengok kejayaan -

Remy sebak arwah bapa tak sempat tengok kejayaan

KERJA keras selama 15 tahun bergelar pelakon akhirnya membuahkan hasil apabila Remy Ishak berjaya merangkul trofi Pelakon Pembantu Filem Terbaik sempena Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang diadakan pada Jumaat.

Bagi lelaki ini, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat memperbaiki mutu lakonan sehingga diiktiraf ke peringkat tertinggi.

“Kalau diimbas kembali perjalanan, memang terlalu banyak kisah kembali diingati. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini memandangkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi.

“Orang mungkin anggap 15 tahun itu merupakan tempoh masa yang pendek memandangkan ada pelakon senior yang lain sudah berada lebih 20 tahun dan mungkin lebih daripada itu.

“Saya bekerja keras untuk mencuba pelbagai watak dalam pelbagai produksi drama dan filem. Sudah tentu saya menghargai anugerah ini,” kata Remy ketika ditemui sebaik sahaja tamat acara FFM31.

Remy yang memenangi kategori ini melalui filem Sangkar turut berbangga apabila pasukan mereka ‘menyapu’ beberapa kategori utama yang lain.

Selain Remy, Zul Ariffin turun memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Terbaik dan Kabir Bhatia pula membawa pulang trofi Pengarah Terbaik.

Sangkar juga menyapu kategori Penataan Muzik Terbaik (Nazrul Ashraff Mahzan) dan Tatarias Terbaik (Ella Sandera).

Dalam pada itu, Remy bagaimanapun bersedih apabila mengenangkan arwah bapanya yang tidak sempat melihat dia memenangi trofi FFM.

Tambahnya kejayaan ini diperoleh apabila lelaki yang amat dikasihinya itu sudah pergi buat selama-lamanya.

“Pernah dulu arwah ayah tanya, abang Emy bila nak pegang trofi FFM? Bukan kerja senang selepas jari kaki patah training BJJ dengan choreographer, lepas seksa mental dan fizikal untuk naik berat badan dari 78 kilogram ke 90 kilogram dalam masa sebulan.

“Lepas training fights siang malam, lepas fight on scenes dengan jari kaki yang patah tapi berlakon macam tiada apa-apa yang berlaku dan lepas ayah pergi tinggalkan dunia.

“Hari ini ayah…hari ini!” tulisnya melalui Instagram yang mengundang sebak.