POLIS menahan enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, berkaitan kes buli secara kekerasan seperti rakaman video tular di media sosial.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata semua pelajar berusia 13 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam tadi.
Baca berita berkaitan: KPM pandang serius kejadian buli – Radzi
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Gengster asrama, perut rakan jadi tempat lepas geram
Baca berita berkaitan: Polis siasat kes buli didakwa berlaku di MRSM Kuala Kangsar
“Kita menahan enam pelajar untuk siasatan lanjut,” katanya memetik laporan Bernama.
Sebelum ini, beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, polis sudah memanggil semua pelajar yang dikatakan terbabit dalam kejadian buli secara kekerasan seperti rakaman video tular di media sosial termasuk pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.
Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit berlaku pada antara jam 1 hingga 2 pagi kelmarin (9 Disember) membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.
Beliau berkata, pihaknya juga mengesahkan menerima satu laporan berkaitan kes itu daripada pengetua sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari tadi berikutan daripada tularnya rakaman video insiden berkenaan sehingga mendapat perhatian meluas warganet. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.