Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes buli: Perhatikan perubahan sikap anak-anak -

Kes buli: Perhatikan perubahan sikap anak-anak

IBU bapa digesa sentiasa memantau perubahan sikap anak terutama yang bersekolah di sekolah berasrama bagi mengelak berlakunya insiden buli.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata warden asrama dan guru juga perlu memainkan peranan sekiranya menyedari perubahan diri pelajar.

Baca berita berkaitan: KPM pandang serius kejadian buli – Radzi

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Gengster asrama, perut rakan jadi tempat lepas geram

Baca berita berkaitan: Polis siasat kes buli didakwa berlaku di MRSM Kuala Kangsar

Buli mungkin satu cara untuk melepaskan perasaan, mungkin tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak barangkali dengan keluarga atau memang tidak mahu masuk asrama tetapi dipaksa.

“Jadi dia melepaskan tekanannya itu dengan cara memukul orang, keluarga yang ada anak di asrama kena memahami perubahan sikap anak, begitu juga guru dan warden asrama,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.

Kejadian itu menyebabkan semua pelajar terbabit digantung sekolah selama dua minggu dan mungkin disingkirkan terus daripada belajar di MRSM.

Saarani menegaskan, gejala buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkait rapat dengan isu dalaman individu terbabit.

“Pada saya orang yang sanggup memukul orang ini ada sesuatu yang tidak kena, dia tidak mempunyai perasaan dan emosinya tidak stabil, ini sangat bahaya.

“Saya harap ia tidak berulang, ini kerana berkali-kali kita tengok (kejadian buli). Apa yang saya pelik, orang yang merakam sampai hati pula melihatnya, sepatutnya orang yang merakam dan kawan yang berada di sekitar membantu meredakan,” katanya.

Media hari ini melaporkan polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial semalam.

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember membabitkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa yang kesemuanya berusia 13 tahun.

Susulan itu, pihak polis memanggil kesemua pelajar terbabit dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – SB