Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
86.9 peratus populasi dewasa remaja lengkap vaksinasi -

86.9 peratus populasi dewasa remaja lengkap vaksinasi

SEBANYAK 2,735,048 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,839,145  individu atau 90.2  peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,758,472 individu atau 97.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,078,880 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 123,868 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,930 dos pertama, 6,613 dos lengkap serta 113,325 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,748,772 dos. — BERNAMA