Berteraskan semangat perpaduan untuk terus menghadapi cabaran mendatang telah menghimpunkan sejumlah artis untuk sama-sama terlibat dalam satu projek khas bersama aplikasi JOOX menerusi segmen JOOX Original.
Menurut Faizal Tahir yang sudah beberapa kali bekerjasama dengan JOOX, projek lagu “Jalan” dianggap berbeza dan unik kerana ia memberi satu mesej dan impak positif kepada rakyat Malaysia.
“Ini adalah satu sebab mengapa saya mengambil baik peluang untuk turut terbabit dalam pembikinan lagu Jalan ini. Pada saya ini satu usaha dan idea yang sangat baik daripada JOOX kerana ia turut membabitkan artis senior dan baharu.
“Sekaligus dapat mencapai sasaran khalayak yang lebih besar dan meraih pendengar yang lebih ramai dari pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.
“Selain itu kita dapat memberi satu mesej positif melalui kerjasama artis dari generasi berlainan yang menunjukkan kita semua bersatu hati dalam menyampaikan sesuatu yang baik,” katanya.
Selain Faizal barisan artis yang terlibat termasuklah Dayang Nurfaizah, Sufian Suhaimi, Aziz Harun, Luqman Faiz, Danial Chuer dan Fieya Julia.
Turut sama Firdaus Rahmat, Daniesh Suffian, Aniq Iffat, Aisha Retno, Ajoi Zainal, Khodi, Haikal Farid, ERIN CTJ serta penampilan istimewa watak animasi kanak-kanak kesukaan ramai, Didi & Friends.
Tambah Faizal lagi, lagu ini jelas mahu mewujudkan semangat positif demi menaikan semangat semua yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Matlamat utama lagu ini adalah untuk memberi semangat dan mesej yang positif kepada setiap individu. Aziz Harun turut membantu dalam penghasilan lagu dan ini banyak membantu kerana mendapat sentuhan dan perspektif dari generasi baru,” kata Faizal.
Bagi Dayang Nurfaizah pula, dia menyifatkan gabungan muka baharu dan berpengalaman dalam industri cukup mengujakan dan memberikan nafas baharu kepada industri.
“Saya gembira kerana dapat turut serta dalam projek ini. Apatah lagi ramai artis terbabit baik senior mahupun junior. Kita semua bersama untuk satu matlamat. Bagi saya ini sesuatu yang bagus untuk industri muzik kita.
“Keunikan lagu ini terletak pada lirik yang sangat bermesej dan bermakna sekali gus mudah difahami oleh generasi sekarang,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Di Pintu Syurga ini.
Satu lagu 15 penyanyi, Jalan buat Faizal Tahir & Dayang Nurfaizah teruja

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.