[VIDEO] Penunggang motor pecahkan cermin sisi Myvi diburu

Pemilik kereta Myvi turut dikesan polis

0
640

PELAKUAN ganas dan mengambil tindakan sendiri untuk menyelesaikan pertikaian di jalan raya tidak menguntungkan sesiapa pun malah bakal mengundang masalah yang lain.

Itulah nasib yang bakal diterima oleh seorang penunggang motor yang bertindak merosakkan cermin sisi sebuah kereta jenis Myvi di Jalan Raja laut, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tindakannya yang dapat dilihat dalam satu video tular berdurasi 35 saat telah menjadikan dirinya buruan polis.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, proses pengesanan telah dilakukan terhadap pemilik kereta dan penunggang motor yang terlibat.

Jelas beliau pihaknya kini sedang mencari kedua-dua mereka bagi membantu siastaan.

“Siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian tersebut,

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran” katanya menerusi kenyataan media Ketua Polis Dang Wangi pada Khamis. – SB