KPM pandang serius kejadian buli – Radzi

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia komited menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep sekolahku sejahtera.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Gengster asrama, perut rakan jadi tempat lepas geram

Baca berita berkaitan: MARA tidak berkompromi terhadap kes buli pelajar MRSM

Baca berita berkaitan: Polis siasat kes buli didakwa berlaku di MRSM Kuala Kangsar

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, sehubungan itu kementerian memandang serius segala pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar termasuk kes buli yang tular semalam.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan siasatan awal, didapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi di bawah kementerian.

“Saya menerima hantaran video yang tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama.

“Berdasarkan siasatan awal, kami dapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah KPM.

“Namun, KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular video sekumpulan pelajar menumbuk rakan mereka secara bergilir-gilir sehingga mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di Perak.