Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua beradik hidup mewah jual dadah -

Dua beradik hidup mewah jual dadah

KEHIDUPAN mewah dua beradik yang memiliki wang tunai berjumlah RM180,316 dan simpanan RM258,116 di tiga bank, walaupun masing-masing tidak bekerja, membongkar kegiatan mengedar dadah dilakukan mereka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua wang itu dipercayai hasil menjual dadah serta suspek berumur 40 dan 43 tahun itu juga dipercayai memiliki sebuah pacuan empat roda Ford Ranger Raptor bernilai RM210,000 yang digunakan untuk mengedar dadah tersebut.

Beliau berkata polis menahan mereka berhampiran Plaza Tol Kuantan di sini pada 11.30 malam Isnin lepas, yang membawa kepada pemeriksaan di dua rumah masing-masing di KotaSAS dan Felda Panching Utara di sini dan menemukan wang tunai serta dadah pelbagai jenis.

“Pemeriksaan di rumah di KotaSAS menemukan sebuah beg berisi heroin seberat 4.1 kilogram (kg), syabu (1.3 kg), 4,200 pil yaba dan 1,700 pil Erimin 5 manakala wang tunai itu ditemukan di dalam bilik sebuah lagi rumah di Felda Panching Utara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini. 

Ramli berkata suspek dipercayai memperoleh dadah itu dari Lembah Klang dengan jumlah dadah yang ditemukan itu boleh dijual kepada lebih 10,000 penagih. 

Beliau berkata ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati negatif, namun mereka mempunyai 15 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. 

Suspek direman selama tujuh hari hingga 13 Dis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA