Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ali Biju diminta bantu calon GPS -

Ali Biju diminta bantu calon GPS

NAIB Pengerusi Bersatu Sarawak, Datuk Ali Biju, yang menarik diri daripada bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian semalam, perlu menerangkan kepada pengundi di situ supaya menyokong calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Awang Tengah Ali Hasan berkata Ali dan penyokongnya perlu memberi sokongan penuh kepada calon GPS, Friday Belik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

“Saya harap dia (Ali) akan bekerja bersungguh-sungguh dan menerangkan kepada penyokongnya supaya mereka memberi sokongan kepada calon GPS.

“Dia sudah menyatakan secara terbuka (tindakan menarik diri) walaupun namanya tetap tercatat dalam kertas undi dan ini seharusnya menjadi tanggungjawab dia untuk menyatakan serta menerangkan kepada pengundi di kawasan itu,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Sama Jaya, hari ini.

Ali, yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, sebelum ini bertanding sebagai calon Bebas.

Ketika mengumumkan menarik diri dan memberi sokongan penuh kepada calon GPS, Ali menegaskan keputusan itu adalah bagi memelihara muafakat serta memperkukuh hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dan GPS. – SB