SEBANYAK 97.2 peratus (22.75 juta) individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.6 peratus atau 23,071,502 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, sebanyak 90.1 peratus (2.84 juta) bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 86.8 peratus (2.73 juta) individu golongan berkenaan telah lengkap vaksinasi.
Dalam pada itu, 140,831 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 7,332 suntikan dos lengkap, 4,708 dos pertama dan 128,791 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54.62 dos.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3,412,576. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.