5,058 kes baharu Covid-19

0
275

SEBANYAK 5,058 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kini adalah 2,683,523 kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataan situasi COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, beliau berkata 80 kes atau 1.6 peratus daripada kes baharu yang dilaporkan adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,978 kes atau 98.4 peratus lagi berada dalam kategori satu dan dua.

Beliau berkata daripada 5,058 kes baharu itu, 5,041 adalah kes tempatan dan 17 adalah kes import, manakala sebanyak 393 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 212 memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh yang dicatatkan adalah 4,997 menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih sebanyak 2,591,819 kes.

Selain itu, tujuh kluster baharu dikenal pasti dan jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negara adalah 250 kluster. 

Beliau berkata nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) Malaysia setakat semalam adalah 0.97. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here