Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tujuh pengaman PBB, tiga yang lain cedera dalam letupan di Mali -

Tujuh pengaman PBB, tiga yang lain cedera dalam letupan di Mali

TUJUH anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) maut dalam satu letupan yang berlaku di wilayah tengah Mali pada Rabu.

Serangan di wilayah Bandiagara yang menggunakan alat letupan diubahsuai itu juga telah menyebabkan 3 anggota pengaman yang lain cedera.

Jurucakap Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mali (MINUSMA), Olivier Salgado, kesemua mereka merupakan ahli sebuah konvoi logistik yang sedang dalam perjalanan dari Douentza ke Sevare.

Ketua MINUSMA,
El-Ghassim Wane, dalam respons beliau terhadap insiden itu menyifatkan serangan tersebut dilakukan oleh pengecut yang menyerang hendap anggota pengaman PBB, lapor agensi berita Anadolu Agency (AA).

“Tragedi ini boleh dianggap sebagai satu jenayah perang dan merupakan satu dari ratusan serangan yang dilakukan terhadap anggota pengaman di Mali,” katanya.

Dari itu menurut Setiausaha Bagi Operasi Keamanan PBB,
Jean-Pierre Lacroix, kumpulan penyerang dikenalpasti sebagai rakyat Togo.

Bagaimanapun sehingga setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Sejak ditempatkan di Mali pada 2013 MINUSMA telah merekodkan 230 kematian anggota akibat serangan serangan yang disasarkan terhadapnya.

Mali pada ketika ini sedang berhadapan dengan pemberontakan yang dikaitkan dengan kumpulan militan al-Qaeda dan Daesh/ISIS yang bermula pada tahun 2012. – Bernama