5,446 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

SEBANYAK 5,446 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, angka itu menyumbang kepada jumlah keseluruhan 2,678,465 kes wabak itu setakat jam 12 tengah hari tadi.

Jumlah jangkitan terbaharu itu menunjukkan peningkatan berbanding sebanyak 5,020 kes yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari semalam. – SB