KAJIAN-kajian awal yang diadakan kat atas varian terbaharu wabak Covid-19 iaitu Omicron menunjukkan dia tidak sebahaya Delta.
Laporan media-media barat menyebut pada Selasa, bukti awal yang diperolehi menunjukkan Omicron mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi tetapi kurang berbahaya.
Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci berkata, walaupun lebih banyak data diperlukan, kebanyakan kes awal Omicron kurang menyebabkan kemasukan ke hospital dan pesakit kurang memerlukan bantuan oksigen.
Fauci menyatakan lebih banyak data dijangka akan diterima pada minggu depan.
Pun begitu, menurut beliau, rumusan muktamad akan mengambil masa beberapa minggu.
Amerika Syarikat secara berterusan menilai semula sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas beberapa negara selatan Afrika apabila Omicron mula dikesan.
Kata Penyelaras Tindak Balas Covid-19 White House, Jeff Zients, Amerika Syarikat memberikan 12.5 juta vaksin pada minggu lepas, jumlah vaksinasi tertinggi sejak Mei, sekitar 7 juta daripadanya adalah dos penggalak. – AGENSI
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.