Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isteri selamat melahirkan, Fizz ‘kena pukul’ 4-0 -

Isteri selamat melahirkan, Fizz ‘kena pukul’ 4-0

PASANGAN pelakon Datuk Fizz Fairuz hari ini berkongsi berita gembira apabila isterinya, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak keempat pukul 3.49 pagi tadi.

Berita tersebut yang dikongsikan olehnya melalui Instagram miliknya mendapat pelbagai respon daripada rakan artis dan peminat kerana kapsyen yang ditulis olehnya.

“Alhamdulilahhh isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yg mendoakan. Amin 4-0 keputusan sekarang… hehe,” tulisnya.

Fizz menulis 4-0 kerana dipercayai bayi yang baru sahaja dilahirkan isterinya berjantina perempuan.

Pasangan ini sudah memiliki tiga orang anak perempuan terdiri daripada Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5 dan Nur Afrina Arya, 3 serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.

Beberapa rakam artis turut menitipkan ucapan tahniah kepada mereka termasuklah Shuib, Fasha Sandha, Syafiq Farhain dan ramai lagi.

“Alhamdulilah semuanya selamat. Bertambah meriahlah keluargamu nanti Datuk dan Datin. Semoga sihat belaka dan selamat berpantang,” tulis pelakon Zarina Zainuddin.

Dalam hantaran berasingan, Fizz ada memuat naik video Almy sedang berada dalam kesakitan sebelum melahirkan.

Perkongsian tersebut turut meruntun emosi netizen yang rata-rata terharu dengan pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. – SB