[VIDEO] Simpan rahsia pernikahan, rupa-rupanya Kamal Adli nikah Uqasha Senrose 5 November lalu

0
1290

SETELAH majlis yang dirancang sebelum ini tertangguh akibat pandemik Covid-19, pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya selamat bernikah pada 5 November lalu.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Tarikh majlis pasangan Uqasha, Kamal semakin hampir?

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin tepat pukul 9.39 pagi dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

Majlis serba meriah yang bertemakan perkahwinan dalam taman itu menyaksikan Uqasha menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 selain pengantin perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Selain adik-beradik Uqasha, beberapa muka lain yang hadir termasuklah Michael Ang, Datin Nina Juren, Idayu yang turut bersaksikan 100 tetamu yang lain.

Menerusi gambar yang diedarkan, pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.

Kamal dan Uqasha yang menggayakan busana pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini itu kemudian diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Terdahulu pasangan ini merancang mahu mengadakan majlis pernikahan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.

Disebabkan kes Covid-19 masih tinggi ketika itu, mereka terpaksa menunda acara pernikahan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here