Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Siasat segera kandungan digital berunsur gay, panggil pelakon -

Siasat segera kandungan digital berunsur gay, panggil pelakon

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad meminta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat segera sebuah kandungan digital yang mempromosikan budaya hidup gay.

Tegasnya, kandungan itu jelas bertentangan dengan budaya serta norma kehidupan rakyat Malaysia.

Idris berkata, sebarang kandungan yang mempunyai unsur seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh diterima oleh mana-mana agama.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang pelakon remaja yang berlakon dalam siri bertemakan gay, yang ditayangkan di aplikasi temu janji gay dan penstriman video. 

Siri itu mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan apabila video promosi mengenainya tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

“Jika perkara ini babitkan filem, kita akan panjangkan kepada SKMM supaya menyiasat kerana ini bertentangan dengan budaya dan norma rakyat Malaysia serta tidak beretika.

“Semua agama tidak boleh menerima konsep berkaitan gay ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 Musim Haji 1443H di sini, hari ini.

Pada masa sama, Idris turut meminta pihak berkuasa agama negeri berkaitan supaya memanggil pelakon berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Perkara ini, jika berlaku di mana-mana negeri, kita minta pihak berkuasa agama negeri bertanya kepada beliau (pelakon).

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya sebagai penyelaras dan tiada kuasa untuk menghukum,” katanya. – SB