Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Sarawak: Ali Biju tanding Bebas di DUN Krian -

PRN Sarawak: Ali Biju tanding Bebas di DUN Krian

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

BH Online melaporkan, Ali yang juga penyandang kerusi itu, berdepan saingan empat penjuru daripada Musa Dinggat (PSB), Danny Kuan (PBK) san Friday Belik (GPS).

Setiausaha Sulit Kanannya, Vernon Kedit ketika mengesahkan perkara itu, Ali hanya bersama pencadang dan penyokongnya berada di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Sri Krian, Saratok.

“Ya, beliau (Ali) bertanding sebagai calon Bebas. Hanya beliau bersama pencadang, Elley Chandi dan penyokong Antok Jaya berada di pusat penamaan calon.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat menyebabkan kami tidak boleh membawa ribuan penyokong untuk mengiringi beliau seperti yang berlaku pada pilihan raya 2011 dan 2016,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ali, wakil tunggal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebelum ini.

Beliau memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Pada 27 November lalu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN-12 Sarawak.

Sebaliknya kata beliau, BERSATU akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri berkenaan pada 18 Disember nanti.

Muhyiddin berkata, perkara itu diputuskan ketika perbincangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, yang juga Presiden GPS.

Dua hari lalu, Ali, menafikan beliau menyerahkan kerusinya, Krian, kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malah beliau memberi bayangan masih mempertimbangkan untuk terus bertanding di situ bagi menjadi wakil rakyat untuk penggal ketiga.