Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelajar maut tercampak selepas dilanggar guru -
Bayi rentung

Pelajar maut tercampak selepas dilanggar guru

SEORANG pelajar lelaki yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas basikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang guru di Batu 6 Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak hari ini.

Mangsa yang berusia 14 tahun menunggang basikal dari rumahnya di Kampung Glouster Batu 6 ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kandi sebelum kejadian itu berlaku pada pukul 7 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, keterangan awal memaklumkan mangsa keluar dari simpang sebelah kanan secara melulu hingga masuk ke laluan MPV Perodua Alza dipandu seorang guru wanita berusia 36 tahun.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu MPV terbabit tidak sempat mengelak dan terlanggar mangsa di bahagian hadapan.

“Pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak dan terjatuh ke bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, petugas kesihatan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah selepas tercampak manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan ujian saringan Covid-19.