Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nico G peserta pertama GV8 tersingkir, Nikki Palikat raih markah tertinggi -

Nico G peserta pertama GV8 tersingkir, Nikki Palikat raih markah tertinggi

TIADA harmoni dan bagaikan tiada keserasian akhirnya memakan diri kumpulan Nico G apabila menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam program nyanyian Gegar Vazanza musim kelapan (GV8), pada malam Ahad.

Nico G dianggotai oleh tiga ahli iaitu Nico (Abdul Fashah Abdul Aziz), Affa (Muzaffar Shah Baharin) dan Dino (Shah Rosli) menyanyikan lagu Manis yang dipopularkan oleh Datuk Zainal Abidin hanya menerima 50.10 peratus markah.

Mereka bukan sahaja dilihat kurang harmoni tetapi juga kurang memberikan persembahan yang baik berbanding peserta yang lain.

“Ini minggu ketiga jadi malam ini harus maksima, lagu sudah diberitahu seminggu jadi kena cari kelebihan, kekurangan dan perlu kerjasama.

“Fokus pada tempo dan harmoni, malam ini persembahan agak kurang… kalian beruntung dari berjuta yang mahu masuk hanya kalian ada kesempatan,” kata Hetty Koes Endanh selaku juri tetap program berkenaan.

Selain Hetty, GV8 turut diadili oleh Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap selain Datuk AC Mizal selaku juri jemputan.

Nikki Palikat mendapat markah tertinggi iaitu 84.80 peratus manakala Aliff Aziz (83.90) dan Adibah Noor (81.30).

Dalam konsert minggu ketiga, Adibah Noor menyampaikan lagu All I Ask nyanyian asal Adele, Ani Mayuni (Naluri/ Datuk Nora Ariffin), Aweera (Boneka/ Ernie Zakri), Suki Low (Badarsila/ Datuk Seri Siti Nurhaliza), Datuk Fazley Yaakob (Yang Sedang Sedang Saja/ Iwan) dan Nikki Palikat (Semalam/ Aina Abdul).

Selain itu, Shidee (Blue Suede Shoes/ Elvis Presley), Sa. Ya (Better Man/ Robbie William), Upiak Isil (Retak/ Ella), Azan Scan (Ini Rindu/ Farid Hardja), Bandi Amuk (Nak Dara Rindu/ Tan Sri P Ramlee) dan Aliff Aziz (Kasihnya Laila/ Jinbara).

Bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabngsa Putrajaya (PICC), GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.