BEKAS menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia kira-kira pada 8 malam Sabtu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur.
Kematian beliau disahkan Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad yang juga memberitahu, Sabbaruddin, 80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.
Jawatan terakhir disandang Allahyarham ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.