Lebih 2.72 juta remaja lengkap divaksin

0
247
Sebahagian daripada pelajar-pelajar sekolah menerima suntikan vaksin Covid 19 pada Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampangi. Gambar hiasan

SERAMAI 2.72 juta (86.4 peratus) daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 2.83 juta individu (89.9 peratus) dalam golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22.72 juta  individu (97 peratus) telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala  23.05 juta  (98.4 peratus) lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, 67,701 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 3,902 suntikan dos lengkap, 3,209 dos pertama dan 60,590 suntikan dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54.03 juta dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini 2.91 juta. – Bernama