Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Yasmin Hani umum berpisah dengan suami -

Yasmin Hani umum berpisah dengan suami

Desas-desus keretakan rumah tangga pelakon ini nampaknya sampai ke penghujung apabila Yasmin Hani dan suaminya mendedahkan yang mereka sudah berpisah selepas 10 tahun bersama.

Yasmin dan Sha’arin Razali sepakat untuk memulakan kehidupan baharu namun dalam masa yang sama mahu terus membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

“Kami dapat melaksanakan apa yang sudah dipersetujui bersama. Kami berdua bersetuju untuk memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya memberikan kenyataan menerusi Instagram.

Keretakan hubungan mereka bukan mengejutkan umum memandangkan sebelum ini dia sudah memberikan bayangan mengenai hubungan mereka bermasalah.

Meskipun sudah mengumumkan perkara berkenaan kepada umum namun tiada maklumat lanjut diperoleh berkaitan dengan penceraian mereka.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk doa anda. Biarpun kami memilih jalan berbeza, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang saling menyayangi dan ada beberapa hal membuatkan kami lebih dekat berbanding sebelumnya.

“Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa. Hubungan sebagai ibu bapa sangat kami utamakan dan kami memohon agar ruang dan privasi kami dihormati. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja dan bergerak ke hadapan,” katanya.

Sebagai info, Yasmin dan Shahrin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8 tahun dan Eissa Elzander Wong, 5.