Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita maut ditembak depan rumah -

Wanita maut ditembak depan rumah

Seorang suri rumah maut selepas terkena tembakan di depan rumahnya di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis (Siasatan) Tak Bai Kapt Pol  Phutida Nitichart berkata wanita yang berusia  44 tahun itu maut di tempat kejadian dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian dada.  

Beliau berkata polis telah menahan seorang lelaki di sebuah kedai kopi yang terletak berdekatan tempat kejadian.

“Saksi memberitahu polis bahawa suspek yang memakai pakaian seragam renjer telah mengugut penduduk tempatan sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Phutida berkata motif kejadian masih dalam siasatan polis. – BERNAMA