Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
TMJ tak jadi berehat daripada arena bola sepak selepas JDT tewas -

TMJ tak jadi berehat daripada arena bola sepak selepas JDT tewas

by

in

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kekalahan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 kepada Kuala Lumpur FC City (KL City) dalam Piala Malaysia semalam sebagai satu hikmah dan ‘wake up’ call.

Pemilik JDT itu berkata, pihaknya terbuka dan positif menerima kekalahan itu dan menganggapnya bukan rezeki kelab bola sepak tersebut.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi perkembangan kelab dan juga beberapa maklumat yang lain. Maklumlah orang jarang kalah ini, sekali sekala bila kalah jadi rajin pula buat kerja.

“Ada hikmah disebaliknya, bagus juga ada ‘wake-up call’. Buat apa pun jikalau Allah SWT tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita punya.

“Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami menjadi terlalu selesa, terlalu yakin dan kami tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar,” katanya dalam Facebook miliknya, hari ini.

Tunku Mahkota Johor berkata, kekalahan tersebut menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk bertanding tahun hadapan dan lebih obses untuk memperbaiki kesilapan dan menguatkan lagi pasukan ini

Walaupun tewas, Tunku Ismail mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada setiap penyokong dan keluarga JDT selain syabas serta tahniah kepada setiap individu dalam kelab – para pemain, barisan kejurulatihan dan staf.

Ini kerana kata Tunku Mahkota Johor, JDT mencipta sejarah sebagai satu-satunya kelab yang menang kejuaraan liga lapan tahun berturut-urut dan layak untuk peringkat tertinggi dalam Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC.

Perkembangan terbaharu kata Tunku Ismail, JDT akan menjalani latihan pra-musim di Dubai dan Abu Dhabi untuk bermain dengan beberapa kelab di sana dan juga kelab-kelab Eropah sebagai persiapan mereka.

“Ada beberapa pemain akan dikekalkan, ada yang akan dipinjamkan keluar dan ada pemain yang akan dilepaskan. Pengarah Teknikal JDT akan membuat pengumuman kepada para penyokong dengan lebih mendalam lagi nanti.

“Saya baru ingat hendak berehat dari bola sepak tahun hadapan tetapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat. Seperti yang saya pernah katakan, ‘a wounded Tiger is always eager to bounce back’,” katanya. – SB