JALAN Tapah-Ringlet laluan ke Cameron Highlands yang ditutup sebelum ini akibat tanah runtuh telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu notis pemberitahuan berkata, laluan Persekutuan FT059 itu dibuka kepada semua lalu lintas bermula jam 5 petang hari ini.
Bagaimanapun, pengguna masih diingatkan untuk mengekalkan tahap keselamatan dan berhati-hati ketika melalui kawasan itu terutama ketika musim hujan.
Terdahulu, kejadian tanah runtuh pada 22 November lepas telah mengakibatkan laluan di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands terhalang.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata, kejadian itu diterima pada pukul 4.25 petang, mengakibatkan laluan kedua-dua hala terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.