Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gagal hadir prosiding, mahkamah tidak keluar waran tangkap Rosmah -

Gagal hadir prosiding, mahkamah tidak keluar waran tangkap Rosmah

Mahkamah Rayuan menggunakan budi bicaranya dengan tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau gagal hadir pada prosiding rayuannya hari ini.

Berita Harian melaporkan panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah dan bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah bagaimanapun memerintahkan Rosmah hadir di mahkamah Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuan terbabit.

Hanipah berkata, panel sebulat suara membuat keputusan itu dan turut menimbangkan Rosmah sebelum ini tidak pernah gagal hadir dalam prosiding di mahkamah.

Rosmah merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar dan menggugurkan Datuk Seri Gopal SRI Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes terbabit.

Terdahulu, Peguam Datuk Jagjit Singh mewakili Rosmah memaklumkan mahkamah anak guamnya masih berada di Singapura.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan beliau ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut menetapkan syarat bahawa pasport Rosmah mesti dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.