Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
15 guru, 114 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya positif Covid-19 -

15 guru, 114 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya positif Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seramai 139 warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Seri Puteri, Cyberjaya, Sepang, Selangor, positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah melakukan saringan ke atas 946 orang iaitu terdiri daripada 849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas setakat jam 3 petang, pada Khamis.

Jumlah kumulatif kes positif yang dikesan ialah 139 orang iaitu 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.

Menurut Sha’ari Ngadiman, kes-kes positif akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS, manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan.

“Kesemua 139 kes yang positif Covid-19 berada dalam keadaan stabil dan berada dalam kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah).

“PKD Sepang dan pihak sekolah bekerjasama rapat dalam menangani kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, sebarang maklumat terkini Kluster Persiaran Tasik akan dikemaskini untuk makluman umum dari semasa ke semasa. – SB