Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KL ATCC bantu jimatkan bahan api sehingga RM1 bilion -

KL ATCC bantu jimatkan bahan api sehingga RM1 bilion

PENGOPERASIAN Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) di Sepang yang memiliki teknologi terkini dan canggih berkeupayaan memendekkan masa pendaratan pesawat serta membawa nilai penjimatan pembakaran bahan api sehingga RM1 bilion setahun.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, penggunaan teknologi baharu oleh KL ATCC membolehkan pesawat mendarat dengan lebih cepat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 tanpa perlu berlegar-legar lama di ruang udara.

Beliau berkata, KL ATCC baharu itu, yang sebelum ini beroperasi di Subang, meningkatkan pergerakan pesawat di KLIA dan klia2 daripada 84 kepada 108 pergerakan sejam dengan menggunakan tiga landasan secara serentak.

“Dulu, kapal terbang perlu buat ‘hovering’ sebelum mendarat dan ia sudah tentu membakar bahan api.

“Dengan adanya kapasiti tambahan iaitu pergerakan 108 sejam dan tiga landasan melalui KL ATCC baharu ini, sudah tentu ia akan menjimatkan masa dan bahan api untuk pesawat yang mendarat,” katanya dalam sidang media selepas perasmian KL ATCC di Sepang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

KL ATCC yang ditempatkan dalam bangunan dengan inspirasi reka bentuk ‘wau’ dilengkapi pusat operasi trafik udara Maklumat Penerbangan Ruang Udara Kuala Lumpur (KL FIR), yang merupakan tulang belakang kepada fungsi kawalan trafik udara negara dan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Aeronautik.

Ka Siong berkata, peralihan KL ATCC dari Subang juga membolehkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melaksanakan perubahan struktur baharu ruang udara Semenanjung Malaysia kepada 14 sektor berbanding tujuh sektor sebelum ini. 

Peralihan KL ATCC ke lokasi baharu itu juga merupakan antara persiapan industri penerbangan negara ke arah menuju pasca pandemik COVID-19 yang dijangka pada 2025, katanya.

“Mulai sekarang, semua pihak perlu menyesuaikan diri dengan kemudahan baharu di KL ATCC dan pembukaan pusat kawalan ini juga membuktikan Malaysia mempunyai pusat kawalan udara yang cekap,” katanya.

Ka Siong dalam ucapannya ketika majlis perasmian berkata, 326 pegawai kawalan trafik udara (ATC) bertugas secara syif di KL ATCC bagi mengawasi dan memantau kelancaran aliran trafik udara dalam ruang udara Semenanjung Malaysia, 24 jam sehari. – Bernama