SERI Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada ada Rabu menzahirkan kegusaran baginda terhadap penularan varian terbaharu virus Covid-19, Omicron.
Baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara bertitah agar semua rakyat beristiqomah (berterusan) dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Kegusaran dan nasihat yang dititahkan oleh Baginda itu ekoran sifat varian baharu itu yang lebih ganas dan mudah menular Omicron berbanding varian-varian sebelumnya.
Al-Sultan Abdullah juga menitahkan agar rakyat melengkapkan dos penggalak bagi menjaga keselamatan dan kesihatan keluarga masing-masing.
Rakyat juga dinasihatkan oleh baginda untuk melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing dengan mendapatkan rawatan dan melaksanakan pengasingan kendiri jika mendapati diri mereka bergejala.
Titah Baginda, pengorbanan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan petugas barisan hadapan akan menjadi sia-sia jika cara terpaksa berhadapan dengan gelombang baharu Covid-19.
Sehubungan itu, Baginda juga menzahirkan sokongan penuh terhadap sebarang tindakan tegas yang bakal diambil oleh kerajaan dalam usaha mengekang penularan varian baharu tersebut di negara ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah dengan kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat penularan wabak covid-19 terutamanya varian Omicron ini dapat dikekang. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.