Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peribahasa Melayu jadi inspirasi Ashraf Nasir hasil 2PAI -

Peribahasa Melayu jadi inspirasi Ashraf Nasir hasil 2PAI

TIDAK gentar dengan keadaan semasa industri muzik tempatan, pendatang baharu yang mahu dikenali dengan nama Asyraf Nasir memberanikan diri menghasilkan produk baharu.

Dia yang memilih genre hip hop semakin dikenali ramai setelah memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh stesen radio Era selain berkolaborasi bersama Zynakal dan Yonnyboii menerusi sebuah lagu baru-baru ini.

Kini dia hadir dengan lagu 2PAI yang mengambil inspirasi daripada peribahasa Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Lagu ini diinspirasikan berkisahkan sikap manusia yang angkuh apabila mereka memperoleh segala-galanya. Ada individu sanggup melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan isu moral dan sebagainya.
 
“Jadi lagu ini mengingatkan kita bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik. Ia juga satu peringatan bahawa manusia mudah leka dan harus sedar yang setinggi mana pun pencapaian, janganlah lupa bagaimana permulaan kita,” kata Ashraf bercerita.

Mahu memberikan peluang kepada pendengar untuk menikmati muzik pilihannya, Ashraf yakin peminat akan menerima dengan baik.

Tambahnya dia mengambil masa sebulan untuk menyiapkan keseluruhan projek kerana perlu mengkaji terlebih dahulu kesesuaian tema dan sebagainya.

“Biarpun penulisan lagu mengambil masa lebih kurang dua hari, persiapan jalan ceritanya yang memakan masa. Dari segi komposisi lagu, saya berkerjasama dengan Wolfy secara virtual.

“Lagu ini disiapkan pada tahun 2020, ketika zaman PKP, jadi kami terpaksa membuat panggilan video untuk bincangkan susunan lagu,” tambahnya yang merakamkan vokal dari rumah sahaja.

2PAI sudah berada di semua platform digital bermula 26 November 2021 manakala video muziknya pula akan berada di saluran Youtube ASYRAF NASIR VEVO.